Saturday, February 7, 2009

Luahan Hati untukmu

Disaat aku duduk berseorangan di dalam bilik yang gelap sambil ditemani bunyian kipas angin yang sedang berpusing, aku terfikir seketika..
Adakah aku ini menyusahkan?
Sudah banyak kali perkara ini bermain di kotak fikiranku.
Sudah banyak kali juga air mata gugur ke bumi tatkala memikirkan perkara ini.

Tapi..
Aku tetap dengan caraku.
Aku memohon maaf jika perkara ini membuatkan kau tidak selesa atau beranggapan salah terhadap aku.
Mungkin caraku ini membuatkan kau beranggapan bahawaaku terlalu mementingkan diri.
Tapi percayalah..
Semua yang aku lakukan adalah kerana kau.

Tidak pernah terlintas difikiranku untuk menghalangatau mengongkong segala yang kau lakukan.
Tidak juga difikiranku untuk terlalu berkata-kata terhadap kau.

Feb 5 adalah tarikh yang akan diingati sampai bila-bila.
Terlalu banyak linangan air mata dan terlalu banyak kata-kata yang telah diucapkan.
Disaat itu juga aku mengenali diri kau dengan labih mendalam.
Aku juga tahu apa yang bermain difikiranmu.
Kata-kata kau akan tetap disimpan di dalam hati dan kata-kata kau juga lebih menguatkan semangatku dalam menghadapi perkara mendatang.

Terlalu banyak dugaan yang membuatkan aku berfikir 1000 kali untuk berundur.
Setiap kali difikirkan, setiap kali itu jugalah aku menitiskan air mata.
Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini.
Ianya terlalu pantas bagiku.
Mungkin kau tidak mengetahui bahawa aku pernah terfikir untuk mengundurkan diri.
Aku terlalu bersalah terhadap kau kerana pernah memikirkan perkara ini.

Terlalu banyak linangan air mata, terlalu banyak perkara negatif difikirkan,terlalu banyak kata-kata maaf yang diucapkan, tetapi ianya tetap sama.

Kini..
Setelah semuanya berlalu
Luahan hati dan perasaan telah terungkai,
Aku dapat menerimanya walaupun pedih di hati masih terasa.
Ini bukan bermaksud aku menyimpan segala kata buruk yang diucapkan, tetapi pedih di hati sebelum ini.
Segala kata-kata yang telah kau ucapkan padaku akan disemat di dalam hati.
Kata-kata itu juga menjaadi pemangkin untukku berdiri dengan sendiri dan menguatkan lagi semangatku untuk melalui hari-hari mendatang dengan lebih tabah.

Satu pesanan dariku,
Kau satu-satunya insan yang bertakhta di hati.
Segala kata yang diluahkan dariku adalah kata yang lahir dari hati.
Aku mahu kau melihat diriku menjadi seorang yang tabah dan mampu berdiri dengan sendirinya.
Tidak perlu kau risau tentang diri ini.
Aku sudah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan dan terlalu banyak juga kata-kata maaf yang terucap, tetapi percayalah ini bukan yang ku pinta.
Ia datang dengan sendirinya.
Aku tidak pasti sampai bila kau dapat menerima kata-kata maafku ini.
Mungkin aku cuba mengawalnya sebelum ini tetapi tidak berjaya.
Kali ini, aku cuba untuk mengawalnya lagi, dan aku harap ianya akan membuahkan hasil.
Walaupun sudah banyak kali aku memohon keampunan, aku masih lagi ingin memohon maaf darimu jika apa yang berlaku membuatkan kau bersedih dan menitiskan air mata.
Aku tidak berniat untuk membuatkan kau bersedih.
Setelah semua yang telah dilalui bersama, aku harap ianya dapat mematangkan kita dan kita dapat memahami diri masing-masing dengan lebih mendalam.
Aku akan simpan kata-kata yang kau ucapkan padaku dan akan aku ingatinya sampai bila-bila.

Salam sayang dariku
-iera-

6 comments:

  1. ahahaha...
    manede syahdu..
    kate luahan hati..
    kne la syahdu2 sket
    :P

    ReplyDelete
  2. huhu..
    pade sesape yg membaca
    ahaks~
    :p

    ReplyDelete
  3. jiwang gak adik ipar aku nih. hakhak guli hati baca :P

    ReplyDelete
  4. ahahaha..
    kate luahan hati..
    kne la ayat canggeh sket!
    yg bole menyentuh hati :P
    ahaks~

    ReplyDelete