Wednesday, May 29, 2013

Journey melahirkan baby

Ok..baru betul entry ni..

Seminggu sebelum due date, aku dah mula rasa senak perut. Rasa macam perut memulas tapi takde la sakit sangat. Mula2 rasa ni 2 hari sekali. Aku pun bagi tau husband, dia amik cuti sehari. Almaklumla, kot2 nak keluar dah ke. Tapi tak..jadi keesokannya husband pergi kerja macam biasa.

Selepas tu rasa senak perut makin kerap. Selang sehari rasa senak perut tu. Hari yang keempat, setiap 2 jam sekali. Waktu ni aku bagi tau husband. Tapi aku tak sure macam ni ke rasanya sebab sakit tu bukan makin kuat. Sama je rasa memulas tu. Cuma makin kerap. Kitorang pon keep on counting berapa kerap sakit memulas tu.

Masuk seminggu cuti, patutnya haritu kena pergi checkup. Sehari sebelumnya, aku rasa memulas tu lagi, setiap jam rasa. Aku bagi tau husband..dia suh keep on counting. Dia tanya betul ke contraction. Aku lagi lah tak tau kan..sebab anak first. Orang cakap contraction makin lama makin sakit. Tapi aku takde plak makin sakit. Sama je rasa memulas tu. So aku pon tak tau nak kata itu contraction ke tak.

Malam nya, makin kerap rasa, mula2 30 minit. Lepas tu makin jadi 10 minit. Memang aku tak dapat tido sebab aku memang rasa itu contraction. (Oh..tak sakit ye..aku just rasa perut memulas je). Masuk ke pukul 3 pagi, rasa tu makin kerap. Setiap 6 minit aku rasa. Memang aku tak tido. Pagi tu yang aku sepatutnya checkup 39 minggu, aku bagi tau husband n kitorang pegi terus hospital untuk check.

Dah sampai hospital aku register n cerita dengan nurse..masuk bilik untuk checkup..and doktor seluk tangannya..aku macam..Aaaaaa!! Tapi takde la menjerit sebab kawan2 aku memang dah bagi tau awal2..ras a seluk tu macam mana..so aku dah prepare kot.. :P Tapi still....~ Hahahaha..

Doktor kata bukaan dah 4cm..aku terus kena admit ke labor room..*oohh..harini kot bakal lahirkan anakku*..eksited! Terus bagi tau husband n husband bagi tau mak n MIL (dekat Alor Setar).

Pukul 10.30 masuk labor room. Pukul 11 doktor pecahkan air ketuban. Rasanya jangan cerita lah..waktu kena seluk tu..sakitttt~ *tahan jela T_T* Selepas 4 jam doktor pecahkan air ketuban, aku still tak rasa makin sakit. Bukaan pon tetap 4cm. Jadi doktor ambik keputusan masukkan ubat untuk buat rasa sakit n cepatkan bukaan. Selepas masukkan ubat..baru aku rasa makin sakit. Waktu ni husband still dekat luar lagi. Tak boleh masuk lagi. Bila makin lama makin sakit, aku pon kerap la tanya doktor bila husband aku boleh masuk..then tak lama lepas tu husband aku pon masuk..fuuhh..semangat aku tu.. :)

Mulut aku tak henti2 baca doa permudahkan urusan bersalin. Makin lama sakitnya memang tak boleh digambarkan. Masuk bukaan 8cm, sakitnya makin kuat. Hampir menangis aku kat labor room tu..pusing kiri kanan atas katil tu sebab sakitnya tuhan je yang tau. Aku boleh rasa baby semakin menurun..*nak keluar*.

Aku suruh husband panggil nurse sebab nurse kata, kalau rasa macam nak buang air besar panggil dorang, lepas panggil aku tanya tak boleh ke aku teran sekarang sbb sakit sangat..dia kata belum lagi. Aku siap nangis n mintak ubat tuk kurangkan sakit. Nurse tanya..sakit sangat ke? *Sakit la nurse ooii! kalau tak watpe aku nangis!~* Pastu dia check bukaan dan dia preparekan bahan2 untuk sambut kelahiran baby aku ni~

Ok..aku dah boleh teran..tarik nafas dalam2..then teran panjang2 ye..Kata nurse tu..aku pon buat la..tapi aku teran tak panjang..almaklum la..penat lepas bergelut rasa sakit..dia suruh push lagi..aku pon..*eerrhhhhhhhh* *eerrgghhhhhhhhhhhhh*..banyak kali gak la aku push..last2 nurse cakap da nampak kepala baby..push lagi! *eerrrrrgggghhhhhhhhhhh* push panjang2 *eeeeeeeeerrgggggggggghhhhhhhhhh*
after 3 4 push..kepala baby keluar..lepas tu push lagi n badan keluar..terdengar la tangisan anak mama~

Dengar bunyi tangisan baby..Tears of joy! Yeay..anak mama dah keluar! Nurse terus letak baby atas badan aku..*ohh..anak mama~ * Sebak rasa tengok anak yang baru keluar atas badan aku~

Dan..inilah dia..


Nur Zahra Khaireen binti Ahmad Noriman :)

Puteri mama n papa :)

Ohh..anak mama ni pandai tengok camera!~ :)

Cerita pasal Zahra..mama rindu kat Zahra!!!


Maternity leave

Haaa..nak tau baby keluar bila? Haaaa..
Jaaappp ehh..cite yang lain dulu..Hahaha~

Ok. Seminggu sebelum cuti bersalin, aku dapat hadiah dari bos2 dan colleagues. Yeay!
Memang hadiah yang berguna~

Wishing card dari bos dan colleagues :)

Ini lah hadiahnya. Dari mothercare dan modernmum. Memang berguna sampai sekarang~

Aku cuti 2 minggu sebelum bersalin. Bila dah cuti2 nih, sambil tunggu baby nak keluar, buat lah persediaan awal. Kemas barang2 baby. Jadi inilah bakul yang aku bakal bawak ke hospital :)

Time ni memang excited nk tunggu baby keluar sebab nak tengok muka baby.


Next entry aku akan cerita journey tuk baby melihat dunia~ :)


Pregnant

Sambung lagi cerita~
Hahahaha..apekah aku nih! Cerita setahun compile :P
Takpe..layankan jela ek :)

After sebulan setengah kawin, aku disahkan pregnant. Yeay!
Sebenarnye period aku lewat sehari. Selama ni period memang tak pernah lewat. So saja-saja la cakap dengan husband nak beli pregnancy test tu. Saja gatal2 nak test.

Dah beli pregnancy test tu, balik rumah terus test. Waktu tu nak dekat tengah malam jugak la test. Konon-konon saja2 test. Sekali betul2 double line. Yeay! Terus keluar toilet dengan muka senyum kambing gitu n bagi tau husband. Dia terkejut. Tido malam pon sambil senyum je~

Esok pagi sebelum sampai opis, singgah kejap pegi klinik. Nak check. Oh..memang positive! Yeay lagi! :)
Doktor sahkan pregnan sebulan. Terus call mak n MIL bagi tau happy news nih! Dorang lagi la terkejut. Cepat katanya~ hhehhehe..

Inai masih kat jari lagi..tapi dah preggy~ Alhamdulillah :)

Beli je susu ni..tapi tak minum pon. Orang kata sedap..tapi..errrrr~

Haaa..ni lah makanan fav waktu 1st trimester pregnant! Hari2 makan. Siap mintak dengan abang guard dekat bangunan Telekom. Sebab kat bangunan tu ada pokok mangga. Pulak tu, mangga muda n mangga kecik2. Haihh..memang tak boleh tengok la kan~ hahaha..Husband macam malu nak mintak. Tapi aku dengan muka tak malu tetap mintak. Malam2 pas balik kerja pulak tu. Terus p kait..haha

Ini lah anak mama waktu berumur 4 bulan kandungan :)

Ok..ini papa dia yang nak..bukan baby ye! :P

Hadiah pertama yang dapat dari Adel lepas kawan2 dapat tau diri ini pregnant :)

Ini lah dia baby mama sebulan kandungan. Jangkaan pada 27 March 2013~

Ini lagi satu. Banyak2 ubat yang doktor bagi, tak pernah nak habis nye~ Ok..aku bukan jenis makan ubat especially pills :)

Waktu ni dah masuk 3rd trimester. Apa lagi, sesi bershopping barang baby la!~

Papa and mama yang excited pasang katil baby~ :)

Ini memang selalu makan time pregnant..walau apa terjadi..mesti nak jugak. Tak kisah beli dengan duit sendiri pon takpe. Nasib baik opis dekat dengan tutti frutty~ :)

Nak tau baby aku keluar bila..tunggu next entry!~

Company Trip

Oohh..sambung cerita lepas kawin tadi ye! :P

Setelah 3 minggu berkahwin, after balik dari honeymoon dekat Krabi, Thailand ikut pulak company Trip ke Pulau Redang (kira second honeymoon la ni) tapi pergi ramai2..haha! cemane tu?! :P

Tempatnya memang lawa! laut biru..memang cantik la!

Takyah cerita banyak2. Just tengok je gamba. Mesti jeles! :P






Ok..yang gamba last tu sila ignore! Itu bukan gamba muka monyok..tapi gamba ni ambik waktu panas terik. Sebab tu jadi macam tu~ lalalala...

Cantik tak? Cantik tak? Haaa..kan dah cakap! hehehe :P

Blog Bersarang

Oh mak aihh..memang bersarang habis blog ni.
Dah setahun x bukak. Tup tup tengah-tengah bosan kat opis, teringat kat blog nih.
Banyak sungguh cerita yang nak cerita. Hik hik hik.
Ok. First thing first. Cerita bab kawin.

Homaaiiii!!Dah nak anniversary setaun dah aku kawin baru nak cerita??!
Ieraaaa!!Memang berhabuk sungguh! :P
Aaahh..tak kisah. Nak cerita jugak. :P

Aku nikah pada 2 Jun 2012. Jam 11 pagi.
Sanding belah aku pada 3 Jun 2012. Gamba aku xde..so aku post gamba pelamin jela ek?
hehe..

Ni mini pelamin nikah..Hik hik..cantik plak! :P


Ni la pelamin sanding aku

Pastu 8 June 2012 majlis bertandang sebelah pihak lelaki. Belah lelaki takda bersanding. Just makan makan je. Haaa..tapi boleh lah tengok gamba kitorang berdua! :P

Inilah suami saya! ^_^