Seminggu sebelum due date, aku dah mula rasa senak perut. Rasa macam perut memulas tapi takde la sakit sangat. Mula2 rasa ni 2 hari sekali. Aku pun bagi tau husband, dia amik cuti sehari. Almaklumla, kot2 nak keluar dah ke. Tapi tak..jadi keesokannya husband pergi kerja macam biasa.
Selepas tu rasa senak perut makin kerap. Selang sehari rasa senak perut tu. Hari yang keempat, setiap 2 jam sekali. Waktu ni aku bagi tau husband. Tapi aku tak sure macam ni ke rasanya sebab sakit tu bukan makin kuat. Sama je rasa memulas tu. Cuma makin kerap. Kitorang pon keep on counting berapa kerap sakit memulas tu.
Masuk seminggu cuti, patutnya haritu kena pergi checkup. Sehari sebelumnya, aku rasa memulas tu lagi, setiap jam rasa. Aku bagi tau husband..dia suh keep on counting. Dia tanya betul ke contraction. Aku lagi lah tak tau kan..sebab anak first. Orang cakap contraction makin lama makin sakit. Tapi aku takde plak makin sakit. Sama je rasa memulas tu. So aku pon tak tau nak kata itu contraction ke tak.
Malam nya, makin kerap rasa, mula2 30 minit. Lepas tu makin jadi 10 minit. Memang aku tak dapat tido sebab aku memang rasa itu contraction. (Oh..tak sakit ye..aku just rasa perut memulas je). Masuk ke pukul 3 pagi, rasa tu makin kerap. Setiap 6 minit aku rasa. Memang aku tak tido. Pagi tu yang aku sepatutnya checkup 39 minggu, aku bagi tau husband n kitorang pegi terus hospital untuk check.
Dah sampai hospital aku register n cerita dengan nurse..masuk bilik untuk checkup..and doktor seluk tangannya..aku macam..Aaaaaa!! Tapi takde la menjerit sebab kawan2 aku memang dah bagi tau awal2..ras a seluk tu macam mana..so aku dah prepare kot.. :P Tapi still....~ Hahahaha..
Doktor kata bukaan dah 4cm..aku terus kena admit ke labor room..*oohh..harini kot bakal lahirkan anakku*..eksited! Terus bagi tau husband n husband bagi tau mak n MIL (dekat Alor Setar).
Pukul 10.30 masuk labor room. Pukul 11 doktor pecahkan air ketuban. Rasanya jangan cerita lah..waktu kena seluk tu..sakitttt~ *tahan jela T_T* Selepas 4 jam doktor pecahkan air ketuban, aku still tak rasa makin sakit. Bukaan pon tetap 4cm. Jadi doktor ambik keputusan masukkan ubat untuk buat rasa sakit n cepatkan bukaan. Selepas masukkan ubat..baru aku rasa makin sakit. Waktu ni husband still dekat luar lagi. Tak boleh masuk lagi. Bila makin lama makin sakit, aku pon kerap la tanya doktor bila husband aku boleh masuk..then tak lama lepas tu husband aku pon masuk..fuuhh..semangat aku tu.. :)
Mulut aku tak henti2 baca doa permudahkan urusan bersalin. Makin lama sakitnya memang tak boleh digambarkan. Masuk bukaan 8cm, sakitnya makin kuat. Hampir menangis aku kat labor room tu..pusing kiri kanan atas katil tu sebab sakitnya tuhan je yang tau. Aku boleh rasa baby semakin menurun..*nak keluar*.
Aku suruh husband panggil nurse sebab nurse kata, kalau rasa macam nak buang air besar panggil dorang, lepas panggil aku tanya tak boleh ke aku teran sekarang sbb sakit sangat..dia kata belum lagi. Aku siap nangis n mintak ubat tuk kurangkan sakit. Nurse tanya..sakit sangat ke? *Sakit la nurse ooii! kalau tak watpe aku nangis!~* Pastu dia check bukaan dan dia preparekan bahan2 untuk sambut kelahiran baby aku ni~
Ok..aku dah boleh teran..tarik nafas dalam2..then teran panjang2 ye..Kata nurse tu..aku pon buat la..tapi aku teran tak panjang..almaklum la..penat lepas bergelut rasa sakit..dia suruh push lagi..aku pon..*eerrhhhhhhhh* *eerrgghhhhhhhhhhhhh*..banyak kali gak la aku push..last2 nurse cakap da nampak kepala baby..push lagi! *eerrrrrgggghhhhhhhhhhh* push panjang2 *eeeeeeeeerrgggggggggghhhhhhhhhh*
after 3 4 push..kepala baby keluar..lepas tu push lagi n badan keluar..terdengar la tangisan anak mama~
Dengar bunyi tangisan baby..Tears of joy! Yeay..anak mama dah keluar! Nurse terus letak baby atas badan aku..*ohh..anak mama~ * Sebak rasa tengok anak yang baru keluar atas badan aku~
Dan..inilah dia..
Nur Zahra Khaireen binti Ahmad Noriman :)
Puteri mama n papa :)
Ohh..anak mama ni pandai tengok camera!~ :)
Cerita pasal Zahra..mama rindu kat Zahra!!!
No comments:
Post a Comment