Thursday, May 20, 2010

Makaroni Goreng

Tiba-tiba terasa nak makan makaroni goreng. So aku p la carrefour, bli bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

Sos Prego. Ambil la yang traditional atau tomato dengan mushroom. Tin kecil. (Kalau takde boleh bland tomato atau tomato puree)

Capsicum (Ikut nak kaler hijau,kuning atau merah. Nak campur pon boleh)

Makaroni

Bawang Putih (Cincang)

Bawang Besar (Hiris nipis)

Daging cincang

*Boleh masukkan mushroom. (Ikut kesukaan anda)

Cara memasak:

1. Panaskan air hingga menggelegak dan masukkan makaroni. Sesudah makaroni kembang dan lembut, toskan. (Setengah paket makaroni sesuai untuk hidangan 4-5 orang)

2. Tumis bawang putih, bawang merah dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sos prego. Masukkan sedikit air untuk mengurangkan masam sos. Biar selama 5-7 minit atau sehingga menggelegak (kuah sedikit pekat)

3. Masukkan daging cincang dan kacau. Biarkan selama 5 minit sehingga daging masak.

4. Masukkan capsicum dan biar lagi selama 5 minit.

5. Masukkan sedikit garam dan kacau.

6. Masukkan makaroni dan gaul hingga sebati. Biarkan selama 5 minit agar makaroni dan sos meresap dan sebati.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! :)

001

006

No comments:

Post a Comment