Aku sebenarnya sangat penat dan mengantuk. Tapi aku tulis gak la, sbb kalau aku tak tulis, memang aku takkan tulis lagi dah. Haha. Aku baru balik dari menyertai Hicom Binding 1, session 2010/2011 di Bentong Pahang. Camp tersebut sangat terpencil. Aku harap lepas ni pada hicom yang handle Hicom Binding, please buat dekat tempat yang murah, best dan jugak ade signal reception!hahaha..Dah 2 kali aku join tapi 2 kali berturut2 jugak tempat yang dipilih tak dapat reception. Memang susah jugak la nak contact dengan orang luar. Sometime’s dorang harapkan handphone aku sebab celcom kan dekat ceruk mana dapat signal, tapi yang x bestnye, hp aku out of bateri.huuu~
Oh, pergi sana naik kereta aku. Ohhhhh…sangat2 mencabar MENTAL dan fizikal!hahaha..sbb ape mental aku caps kan? haaaa..sebabnye..kereta aku lowed dan tempat camp ni memang jauh ke dalam hutan. Dalam 5km jugak la. Itu takpe lagi bagi aku. Tapi bila nampak jalan yang tak seberapa nak semegah tu, dengan tanah yang tak rata dan batu-batuan yang agak besar dekat tengah laluan kereta tu..memang sesapa yang memiliki kereta lowed akan mengucap panjang sebelum meneruskan perjalanan. Kereta aku Iman yang bawak, aku pulak tukang bagi direction mane yang nak kene ikut supaya bahagian bawah kereta aku tak tersangkut kat mana2 batu dan kete aku x calar atau rosak. Ada satu peringkat ni, memang jalan dia memang sangat mencabar sebab kereta kawan aku, bahagian bawah belah kiri memang agak teruk sebab nak mengelak batu besar kat tengah jalan, batu besar dekat sebelah kiri mencium bahagian bawah kiri kereta mereka..huuuu~ Waktu pergi camp..kami berjaya tanpa ada sebarang masalah! Alhamdulillah..
Bila tiba waktu balik,ohhh..satu lagi masalah, sebab kena melalui laluan yang sama dan menuruni bukit. So agak mencabar lagi dari yang naik bukit sbb bila turun bukit, laluan jalan utk lihat agak terhad sbb tak nampak apa yang ada dekat depan dan bawah bukit tu. Sampai di tempat yang sama, kali ni kereta aku tersangkut..huuuu~memang hati ni tatau la nak kata ape. Harap2 tak ada apa yang bocor disebabkan insiden itu. . So aku turun dari kereta dan bagi direction pada iman utk laluan yang aku harapkan takkan tersangkut lagi kereta aku pada batu besar tersebut. Ianya berjaya walaupun memang aku dengar bahagian depan bawah kete aku bergesel dengan batu yang lain disebabkan nak mengelak lubang yang agak panjang dan besar. Please3~ carilah tempat yang ok!
Yang kedua pasal makanan..ohhhh..harga RM 50 memang tak setimpal dengan hanya 2 aktiviti yang biasa, duduk dorm dan makan 6x sehari yang yang berapa nak berperisa itu. Bayangkan, makan malam hanya nasi goreng dan mihun goreng instead of nasi. Minum petang air,popia yang agak sedikit dengan pencuci mulut yang tak dikenali (bak kata mereka yang lain, sup chuingum-aku x pasti mcm ni ke ejaan die..x kesah la..haha) air bercolour, tapi takde perisa..apekah. Supper pulak minum air teh o dengan kek lapis bak batenye tapi memang langsung takde rupa kek lapis. Memang sangat sikit. Pagi keesokannya breakfast mihun goreng dan kopi dan juga sedikit cucur. Oh..sekali lagi..ada warna tapi tiada rasa. Dan sebelum balik kami makan lunch nasi, sayur,ikan keli masak lemak dan ayam..ohh..ayamnya sangat2 kecik..seperti 2 ekor ayam yang dipotong kecik2 untuk makan 40 orang!
Overall aktiviti ok..cuma tempat yang dipilih boleh lagi better with cheaper price. So jumpa lagi di hicom binding 2! Insyaallah~
No comments:
Post a Comment