Sunday, March 1, 2009

Kem Motivasi@SMS Selangor




Kali ni nak update sket pasal Kem Motivasi kat SMS Selangor.


Untuk kem ni ade 31 faci yang join kem motivasi ni. Mule2 tu ramai gak la yg tak kenal ngan dorang nih..tapi nasib baik la sume faci2 nih agak gila2 orangnye..so cepat la kitorang beramah mesra :D hehehe~

Bila tanye student2 form 4 kat situ, dorang kate ni 1st time ade orang luar buat kem motivasi kat situ. So ade sesetengah student yang xcited la kitorang datang sana.

Sampai sana dalam pukul 4.10 and sampai2 terus letak beg kat pondok and masuk dewan sebab budak2 form 4 da tunggu kitorang. Masuk2 je dewan..sume student tepuk tangan. Waahhh~ teruja sume faci :) hehehe~


Lepas je masuk dewan kitorang terus buat opening kecil-kecilan n after that main game bom2..lepas tu terus ke 1st activity, Ice Breaking. Dalam ice breaking nih..faci akan pilih students tuk group mereka. I got group 10 and my partner is Azri. Dalam group nih, semua pelajar kenal sesama sendiri cuma dorang segan nak bersembang.mayb sebab baru kenal dengan faci..so agak malu sket..hehehe~ Dalam group ni students2 nye terdiri daripada Fikkeri, Irfan, Azri, Arfah, Izzati, Wawa, Kima,(lagi 2 x ingat sebab dorang jarang bersama dengan group). Tapi dalam group ni tak kesemua ahli ada pada tiga2 hari tersebut.


Malamnya kami menanti baki 16 faci yang datang untuk trip ke-2 kerana terlibat dengan kelas di waktu petang. Keesokan pagi, aktiviti ke-2 dijalankan iaitu bermain kapal terbang. Sambil pelajar membuat kapal terbang, kami mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan lebih mendalam setiap pelajar bagi kumpulan 10. Walaupun ianya agak memakan masa untuk lebih mendalami mereka, tapi kami tetap berpuas hati kerana dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam. Selesai sesi bermain kapal terbang, kami sempat bersembang dengan mereka tetapi tidak begitu lama kerana ketua faci (Ally) telefon mengarahkan kami kembali ke dewan.


Aktiviti ke-3 pula ialah cara belajar. Di sini pelajar diminta untuk mengisi borang yang disediakan dan perbincangan dalam kumpulan dijalankan. Aktiviti ini agak menarik kerana dari situ mereka dilihat lebih mengetahui cara mereka belajar dan apa yang diminati mereka sewaktu menjalan sebarang aktiviti. Di sini dapat dilihat sama ada mereka sukakan alam semula jadi, sukakan muzik, menyendiri, bersama rakan2 dan sebagainya.

Di sebelah petangnya pula, aktiviti mencari bahan2 yang berlainan jenis dijalankan. Aktiviti ini dibuat untuk mereka merancang dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Selepas itu, aktivi puzzle solving dijalankan. Aktiviti ini amat menarik kerana dari aktiviti ini semua pelajar dapat mengenali setiap faci dan juga dapat menunjukkan semangat berkumpulan dalam membuat sesuatu perkara. Setiap faci mempunyai cara yang berlainan untuk memberi task kepada setiap group. Ada yang dikehendaki menyanyi, menari, berlakon, membuat lawak sehingga faci tergelak, mencari barang, dan sebagainya.


Selepas asar, acara sukaneka dijalankan. Walaupun hari semakin mendung, tetapi aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya dan setiap pelajar juga menyukai aktiviti ini. Aktiviti membling belon air secara membelakangi rakan amat menarik perhatian setiap pelajar dan aktiviti kedua ialah rubber straw. Game kedua dijalankan di dalam dewan memandangkan hari semakin gelap.


Sebelah malamnya, dijalankan aktiviti untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Aktiviti ini juga menarik kerana setiap pelajar dapat mengetahui apa cara mereka dan apa yang dilihat oleh rakan mereka. Di sini pelajar lebih terbuka kerana dan bersemangat untuk bercerita mengenai diri mereka. Setiap masa yang terluang, kami akan bermain game dengan ahli kumpulan kerana dari situ dapat merapatkan lagi hubungan kami sebaga faci dengan ahli kumpulan.


Hari ahad, hari terakhir di SMSS, pagi itu diadakan majlis penutup dan nyanyian lagu sekolah, lagu MMU dan juga lagu tema UPG. Nyanyian lagu 'Standing in the Eyes of the World' dinyanyikan beramai2 dan agak gemuruh satu dewan kerana pelajar2 itu familiar dengan lagu tersebut. Selesai sesi penutup, para hicom UPG mengadakan perbincangan tertutup dengan PRS sekolah tersebut. Sementara menunggu mereka, kami selaku faci yang tidak terlibat, mengadakan game yang melibatkan keseluruhan pelajar SMSS tingkatan 4. Agak menarik kerana pelbagai aksi menarik dapat dilihat dan para pelajar seronok bermain aktiviti itu.


Selesai sesi bermain game dan para hicom UPG juga sudah selesai berbincang dengan PRS sekolah, kami mengadakan sesi bergambar bersama setiap ahli kumpulan dan seterusnya sesi bergambar bersama kesemua pelajar SMSS dan kesemua faci yang terlibat.Selepas selesai sesi bergambar, sesi bertuka2 nombor telefon dan sebagainya dilakukan dan kami menjamu selera sebelom bertolak pulang ke MMU.

2 comments: