Hey yall!
Berkepuk lagi blog ni sebab dah lama tak update!Ok. Mama BZ ok!
Dengan kerja dengan jaga anak lagi :P Statement kono bz lah tu, tapi sebenarnya okok je~ :P Haha!
Ok. Ni berkenaan my daughter. Minggu lepas Zahra dimasukkan ke hospital Ampang due to lung infection. 3 hari berturut demam panas, batuk kahak dan flu. Semua ni happen lepas balik dari Klinik Kesihatan. Temp Zahra pulak 39 & 38. Dia pun memang lembik je tengok. Makan pon tak lalu. So mama decide to bring her to the hospital. Kitorang pergi emergency. Told the nurses about her and they checked and lepas tunggu turn jumpa doctor, doctor suruh sedut gas. Oohh, hati mama memang dah tak sedap. Confirm kena admit nih.
T_T kesian anak mama. Lepas doctor ambik darah, xray, doctor suruh sedut nebulizer. Time ni memang Zahra meraung la sebab dia memang tak suka ada benda dekat hidung dia. Nampak dia memang dah letih sangat-sangat sebab dari pukul 7 pagi sampai ke tengah hari, dia taknak minum susu pon.Bagi susu pon paksa sebab dah berapa jam dia tak minum.
Lepas sedut gas, jumpa balik doctor. Doctor tanya macam-macam soalan bila Zahra sakit semua. Dapat result, terus doctor bagi tau kena admit sebab lung dia ada air. T_T aaa..kena admit lagi. Mama tak sanggup tengok Zahra kena cucuk untuk masuk antibiotik. Sakit. Bukan sekali cucuk dorang boleh jumpa urat. Banyak kali!
Bila dah admit, kena lah cucuk untuk doctor masukkan ubat. Tapi this time doctor masukkan sekali air dalam badan Zahra, sebab dia tak lalu makan. Takut dehydrated. Setiap 4 jam, nurse akan masukkan antibiotik melalui jarum. T_T kena la mama bertahan tengok anak mama meraung kesakitan. Kalau 1st time experience, confirm akan nangis. Tapi mama kuatkan jugak hati (jangan nangis iera....)
Dia jugak kena sedut oxygen sebab oxygen dalam badan kurang. Oohh, sampai macam tu sekali sakit anak mama. Doctor cakap lung anak mama bunyi kuat. That means ada banyak jugak la air dalam lung dia tu. Sebab tu oxygen dalam lung sikit dan setiap 4 jam kena sedut nebulizer.
Hari ke-4 kat hospital, demam Zahra kadang2 datang lagi. So mama and papa decide nak tukarkan Zahra ke private hospital. Sebab Zahra macam tak tunjukkan improvement, lagi pulak hospital terlalu padat and agak tak selesa bila sampai waktu melawat. Terlalu ramai orang. Bila tanya doctor, doctor tak advise sebab Zahra ambik oxygen. So memang tak boleh transfer hospital. T_T. Sebenarnya mama pon taknak sangat tukarkan Zahra ke private,sbb bila transfer,kena cek darah balik,cucuk balik, kesian kat anak mama. Dah petang hari ke -4 tu, doctor bagi tau, oxygen yang dia bagi tu da boleh kurangkan amount, dan nebulizer yang Zahra kena sedut, da tukar dari 4 jam ke 6 jam. Yeay! It's a positive sign! Mama dengan excitednya tanya doctor, bila Zahra boleh keluar hospital. Doctor cakap, kalau dia tunjukkan positive sign, esok boleh la balik :) Tapi doctor tak berani jamin (takpe lah doc. Asalkan ada tanda positive)
Malam tu, zahra ditukarkan ke wad 4A, wad yang lebih private. Wad 4A ni, orang luar tak dibenarkan melawat kecuali ibu/bapa penjaga sahaja. So,sorang pesakit kira sorang pelawat jela. Bila dah tukar ke wad 4A, tu maknenya tak lama lagi boleh keluar. :) Seronok mama! Nurse pon dah bukak oxygen dan drip air Zahra. Sebab Zahra dah makin nak makan. yeay!
Hari ke-5, Zahra tak boleh balik lagi, sebab doctor cakap lung dia still ada bunyi. Bahagian depan badan dah ok. Bahagian belakang badan still berbunyi. Alaa, kena tahan lagi satu hari. Tapi Zahra dah makin active. So it's a relieved :) . Hari ke-6, bila doctor pakar datang cek, mama terus tanya, bila Zahra boleh keluar, doctor cakap, lepas habiskan antibiotik untuk 5 hari (which means, tengah hari last ambik antibiotik) boleh balik. Yeay!! Double happy! Terus mama bagitau papa yang waktu tu dekat office, Zahra dah boleh balik tengah hari! Tapi bila dah balik Zahra kena continue ambik antibiotik orally untuk 2 hari lagi. Nak kena cukupkan ambik antiniotik 7 hari. (Takpe lah doctor, asalkan Zahra tak sakit waktu ambik antibiotik)
Mama pun ada tanya doctor pakar mengenai extra vaccine. Doctor cadangkan pneumococcal vaccine. Tapi agak mahal dan kena completekan 3 kali jab (maybe ada tempat 4 jab). 1 jab cost about RM300. So maknanya RM1000 lebih jugak la nak kena spend untuk vaccine tu. 2 jab kena ambik sebelum umur 1 tahun, 1 lagi selepas umur 1 tahun. Dia cadangkan buat dekat hospital yang ada paediatric. Jangan ambik dekat klinik sebab ada jenis yang still tak dapat kelulusan dari JKM lagi. Mama fikir nak ambik vaccine ni tuk Zahra, kesian dia asyik sakit. Tak sanggup tengok dia masuk hospital, menangis kena cucuk dan masuk ubat.
Sekarang ni Zahra dah makin sihat. Cuma batuk tu still ada lagi. (Cepatlah sembuh anak mama). Lusa kena pergi follow up dekat paediatric untuk cek lung dia. Hopefully mama dapat good news.
Ok lah for now. Sekali cerita, panjang lebar tulis! :P Sampai sini jela ye. Mama tak sabar nak jumpa zahra!
Zahra kena sedut oxygen dekat emergency
Waktu ni Zahra still dekat emergency. Nak bawak naik wad. Kesian anak mama penat sangat.
1st day hospital. Dia still takda tenaga. Merengek sebab still demam. Poor my baby
Yang ni Zahra tengah meragam sebab nak kena sedut nebulizer
Zahra kena pakai oxygen. Tapi dah makin active
Waktu ni kat Wad 4A. Zahra dah sihat sikit. Jadi mama bawak zahra main kat playground room
Waktu ni kena sedut nebulizer. Ikut mood dia. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak!
Bagi dia main lego. Sesi mencampakkan barang ke bawah. :P (takpe, ada orang ambik..mama la tu )
Yang ni hari ke-5. Dah makin ok!
Yang ditunggu-tunggu. discharge slip! Yeay! 6 hari kat hospital memang tak sanggup!